Seorang isteri hampir kehilangan nyawa selepas suami memaksanya untuk melakukan hubungan intim hanya empat hari selepas dia bersalin secara caesarean.
Kisah itu dikongsikan seorang doktor iaitu Dr. Christable Akinola menerusi satu hantaran di Instagram dan ia telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.
Menurutnya, si suami asyik mendesak isterinya untuk melakukan hubungan intim namun wanita itu berkali-kali memberitahunya bahawa dia belum bersedia kerana baru empat hari melahirkan anak.
Bagaimanapun, si suami tidak mengendahkan hal itu dan wanita berkenaan turutkan kehendak lelaki tersebut demi menjaga rumah tangganya.
Dia kata dia tak boleh tunggu lama, risau nanti dia ‘makan luar’ untuk puaskan nafsu.

Gambar hiasan
Wanita itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas melakukan hubungan intim bersama suaminya dan hasil pemeriksaan mendapati bahawa dia mengalami komplikasi.
Menurut Dr Christable, komplikasi itu dikenali sebagai Air Embolism (Embolisma Udara) iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam saluran darah melalui faraj yang masih terbuka selepas bersalin.
Apabila udara sampai ke paru-paru atau jantung, keadaan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan jantung, kegagalan pernafasan atau kerosakan otak dan lebih teruk lagi boleh meragut nyawa.
Suami langsung tak melawat
Tambahnya, si suami langsung tidak hadir melawat isterinya yang bertarung nyawa di hospital disebabkan perbuatannya dan dia memberikan alasan malu untuk berjumpa dengan doktor.
Dr. Christable sempat menasihati orang ramai untuk mengambil iktibar dan menyarankan agar menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin sebelum melakukan hubungan intim.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu pastikan pendarahan sudah berhenti dan luka pembedahan sudah pulih speenuhnya dan tidak mengalami sebarang jangkitan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.