Isteri Mungkin Tidak Bekerja, Tapi Jangan Layan Dia Macam Orang Gaji!

Trending

Isteri Mungkin Tidak Bekerja, Tapi Jangan Layan Dia Macam Orang Gaji!

Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak kencing di atas katil.

Advertisement

Lagi sakit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii, terkejar-kejar isteri nak buat dua benda!

Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri.

Senang ayat suami selalu guna, ‘isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah…’

Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga.

Suami sudah tentu ada egonya sendiri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah.

Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong.

Kalau nak harapkan isteri seorang yang buat kerja rumah, lama-kelamaan, boleh memberi tekanan pada isteri sehingga menimbulkan leteran dan bebelan.

Dikatakan, suami yang tidak mahu membantu bukan akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan dirinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga.

Jangan sampai jadi kes perang dingin, anda boleh rujuk beberapa tip oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat ini.

Tip Untuk Suami

1. Tak payahlah berkira sangat, cuba bantu buat kerja rumah demi meringankan tugas isteri anda.

Contohnya mengemop lantai, sapu sampah atau kerja paling mudah bila tengok sampah penuh dalam tong, buanglah.

2. Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan bukan teguran yang menyakitkan hati isteri.

Ciri-ciri Suami Idaman

1. Sedap mata memandang

2. Menjaga solat lima waktu

3. Berkemampuan dalam menjaga keluarga

4. Bukan kaki pukul

5. Tidak panas baran

6. Bertanggungjawab

7. Penyabar

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...