Isteri Menteri Muat Naik Gambar Kolam Renang dan Lori Tangki Air Sewaktu Krisis Air

Trending

Isteri Menteri Muat Naik Gambar Kolam Renang dan Lori Tangki Air Sewaktu Krisis Air

Pastinya ramai di antara kita yang masih lagi menunggu bekalan air ke kediaman masing-masing pulih sepenuhnya. Namun, ada juga golongan yang lebih bernasib baik sehingga dapat bermandi-manda di dalam kolam renang sewaktu krisis air yang telah berlanjutan selama beberapa hari.

Bukan itu sahaja, isteri seorang Menteri  melalui akaun Instagram beliau telah memuat naik sebuah posting yang menunjukkan kehadiran lori tangki air di kediaman rasmi beliau.

Advertisement

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memuat naik sebuah posting di IG Story yang menggambarkan beliau sekeluarga bermandi-manda di dalam kolam renang peribadi sewaktu rakyat Selangor menghadapi krisis air akibat pencemaran di Sungai Gong oleh sebuah kilang jentera.

Pastinya, posting sedemikian telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Maklumlah, beliau adalah isteri seorang menteri yang cukup dihormati oleh rakyat.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang menghadapi krisis Air Selangor ini mempunyai bekalan air yang tidak mencukupi, sehingga ada yang tidak mandi selama beberapa hari. Ada juga yang berpendapat bahawa lori tangki tersebut tidak seharusnya berada di kediaman beliau, kerana banyak lagi lokasi penting seperti pusat dialisis yang memerlukan air secukupnya supaya rawatan boleh diteruskan.

Di Shah Alam pula, ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan air yang secukupnya.

Sumber : Twitter & Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...