Pastinya ramai di antara kita yang masih lagi menunggu bekalan air ke kediaman masing-masing pulih sepenuhnya. Namun, ada juga golongan yang lebih bernasib baik sehingga dapat bermandi-manda di dalam kolam renang sewaktu krisis air yang telah berlanjutan selama beberapa hari.
Bukan itu sahaja, isteri seorang Menteri melalui akaun Instagram beliau telah memuat naik sebuah posting yang menunjukkan kehadiran lori tangki air di kediaman rasmi beliau.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah memuat naik sebuah posting di IG Story yang menggambarkan beliau sekeluarga bermandi-manda di dalam kolam renang peribadi sewaktu rakyat Selangor menghadapi krisis air akibat pencemaran di Sungai Gong oleh sebuah kilang jentera.
Pastinya, posting sedemikian telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Maklumlah, beliau adalah isteri seorang menteri yang cukup dihormati oleh rakyat.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang menghadapi krisis Air Selangor ini mempunyai bekalan air yang tidak mencukupi, sehingga ada yang tidak mandi selama beberapa hari. Ada juga yang berpendapat bahawa lori tangki tersebut tidak seharusnya berada di kediaman beliau, kerana banyak lagi lokasi penting seperti pusat dialisis yang memerlukan air secukupnya supaya rawatan boleh diteruskan.
Di Shah Alam pula, ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan air yang secukupnya.
Sumber : Twitter & Instagram