Rasanya dah selalu sangat kita dengar ibu hamil mengidam makanan-makanan pelik kan? Tetapi kali ini lain pula apabila seorang wanita hamil mengidam mahu memegang pinggang anggota tentera.
Hal yang menarik perhatian, suaminya setia melayan karenah isteri dan sanggup merakam video wanita itu memegang pinggang anggota tentera.
Dapat dilihat, wanita itu sanggup menunggu anggota tentera di tepi demi menunaikan hajat mengidamnya.
Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang terhibur dengan perangai wanita hamil itu dan ada juga yang menegur.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah raih lebih 200,000 tanda suka dan sebanyak 2.6 juta pengguna yang menonton video itu.