Isteri Mengidam Ayam Gepuk, Suami Tergamak Cekik, Belasah Isteri

Kehidupan

Isteri Mengidam Ayam Gepuk, Suami Tergamak Cekik, Belasah Isteri

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa dicekik serta diacu pisau oleh suaminya hanya kerana meminta dibelikan ayam gepuk dalam satu kejadian di sebuah flat di Cheras pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang merupakan suri rumah berusia 33 tahun berada di kediaman mereka di Flat Sri Sabah.

Advertisement

ayam gepuk

Menurutnya, mangsa dipercayai meminta suaminya membeli ayam gepuk kerana mengidam, namun permintaan tersebut mencetuskan pertengkaran antara pasangan berkenaan.

“Suami pengadu memarahi dengan menyebut membela tiga ekor anjing dalam rumah ini dan meminta pengadu untuk masak sendiri.”

Beliau berkata, dalam insiden tersebut lelaki berkenaan didakwa bertindak agresif terhadap mangsa.

“Semasa kejadian suami pengadu telah mencekik leher, capai objek (pisau sayur) dan diletakkan di leher pengadu, tampar di bahagian muka dan tumbuk kepala pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil dan kes tersebut kini disiasat oleh pihak berkuasa. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr fie tawfek
2026-03-16 13:32:18

Baru Habis Iddah Dah Ada Yang 'Merisik', Bekas Isteri Nubhan Tak Tutup Pintu Hati - "Saya Lebih Berhati-Hati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...