Tular baru-baru ini mengenai sebuah video memaparkan isteri kepada pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad, iaitu Zira sedang menari bersama anak sulungnya di TiKTok.
Dalam video itu, Zira dilihat memakai tudung yang menampakkan sebahagian lehernya sekaligus menuai kritikan dalam kalangan warga maya.
Kata netizen, tudung yang dipakai Zira tidak sesuai dan tidak melambangkan suami yang sudah pun bergelar haji.
Anak pun lagi elok pakai tudung tu. Haji ajar la isterimu menutup aurat dengan sempurna.
Malah, ada juga yang mengkritik anak perempuan mereka lebih sopan dan manis bertudung penuh.
Meskipun bgitu, Zira mahupun Nabil tidak memberi sebarang reaksi dan respon terhadap kritikan netizen itu di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.