Usahawan dan pempengaruh sensasi, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau lebih dikenali sebagai Prince Syed mengambil keputusan menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap keluarga mentuanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Isnin.


Menurutnya, langkah itu juga menjadi tanda dia ingin menamatkan perselisihan yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Saya malas nak panjangkan cerita dan ambil keputusan tarik balik laporan polis kerana enggan ada persengketaan lagi dengan keluarga mentua.”
“Nak berbaik saja, tak nak ada isu di kemudian hari… bagi saya, yang muda kena menghormati yang tua sama ada kita betul atau salah.”
“Orang lempar apa pun, saya bagi bunga. Apa yang berlaku sebelum ini dugaan keluarga kami dan keputusan dibuat ini hadiah raya paling besar serta bermakna buat keluarga mentua,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Prince Syed memaklumkan keputusan tersebut dibuat tanpa pengetahuan isterinya, Syazwani Ishak, 28, yang hanya mengetahui perkara itu selepas mereka tiba di balai polis.
@prince.syed.shahid Shopping akhir utk raya kat KL , anak sulong sekolah , so bawa lah anak dara kecik ni pilih apa yang dia nak pulak sebab persiapan raya dah siap semua dah , ni saja cuci2 mata beli belah untuk anak2 pulak ,
“Isteri tak tahu, sebelum keluar tadi saya solekkan dia dan tanya nak ke mana.”
“Saya kata nak ajak dia ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur untuk berbelanja keperluan raya.”
“Tapi selepas siap semua, saya memandu ke balai polis dan dia terkejut kenapa ke situ dan tertanya apa kesalahan dibuat.”
“Isteri nampak ‘cuak’ (takut) dan bila beritahu pegawai polis saya nak tarik laporan polis terhadap keluarganya, isteri terkejut kemudian menangis,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dijangka hadir ke mahkamah pada satu tarikh yang akan ditetapkan bagi membuat akuan bersumpah berkaitan perkara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

