Kepada penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah hadir ke Mahkamah Klang pagi tadi bagi mengikuti prosiding kes berkenaan, memetik Harian Metro.
Nor Nadia Abdul Majid, 32, tiba sekitar jam 9.20 pagi dengan diiringi beberapa aktivis badan bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan isteri kepada mangsa, Amirul Hafiz Omar, yang maut di lokasi kejadian dalam insiden berlaku Ahad lalu.

Harian Metro
Sementara itu, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an tiba lebih awal kira-kira jam 8.50 pagi dengan kawalan ketat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. Dia dilihat memakai T-shirt putih dan seluar pendek berwarna gelap.
Suspek dibawa ke mahkamah sehari sebelum tempoh reman empat hari berakhir esok. Difahamkan, dia dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pemandu Mabuk & Positif Dadah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal Direman 4 Hari
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad lalu, mangsa yang menunggang motosikal dilaporkan maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu suspek. Kenderaan tersebut dipercayai dipandu laju dari arah Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa. Pelanggaran kuat itu menyebabkan mangsa tercampak ke sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
