Isteri Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayyaf Kini Terdesak, Mohon Bantuan Perdana Menteri

Trending

Isteri Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayyaf Kini Terdesak, Mohon Bantuan Perdana Menteri

Chin Pek Nyuen, isteri kepada Chan, seorang penternak ikan yang telah diculik anggota Abu Sayyaf kini terdesak. Dia hanya dapat mengumpulkan RM 100, 000 dari wang tebusan RM 3 juta yang diminta oleh penculik tersebut.

Dia risau akan nyawa suaminya memandangkan tarikh akhir yang diberikan oleh kumpulan tersebut iaitu 30 November semakin dekat.

Advertisement

chinpeknyuen051114

Chin, 42, mengumpulkan wang tersebut hasil derma kawan dan saudara mara tetapi baginya mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak RM 3 juta hanya dalam masa beberapa minggu lagi.

Kerana terdesak, dia pergi ke bangunan Parlimen semalam untuk meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat rayuannya diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Dia memberitahu wartawan di lobi Bangunan Parlimen:

Suami saya sudah ditahan mereka selama lima bulan. Mereka beritahu jika saya tidak bayar dalam bulan ini, mereka akan hantar kepala suami kepada saya.

Mereka serang rumah saya. Mereka mahu culik saya tetapi suami saya halang mereka. Dia beritahu mereka yang dia akan ikut mereka asalkan mereka tidak ganggu saya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dua hari kemudian, penculik menelefon dan meminta RM 15 juta sebagai tebusan untuk membebaskan suaminya yang berusia 32 tahun. Selepas rundingan dibuat, jumlah tebusan dikurangkan kepada RM 3 juta.

Kini, Chin memberitahu yang penculik semakin hilang sabar.

Mereka kata dah tunggu lama. Mereka tak mahu tunggu lagi. Mereka kata mereka pasti akan bunuh suami saya.

Mereka kata mereka Suluk dan mereka tidak takut.

Chin memberitahu yang pendapatan bulanannya ialah RM 1, 000 dan kolam ternakan ikan yang diusahakan bersama suami baru saja siap.

Shahidan memberitahu wartawan yang pasukan keselamatan Malaysia sedang berusaha untuk membebaskan Chan.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...