Isteri Komander KRI Nanggala Tidak Putus Beri Semangat Kepada Keluarga Anggota

Kehidupan

Isteri Komander KRI Nanggala Tidak Putus Beri Semangat Kepada Keluarga Anggota

Ahli keluarga krew kapal selam KRI Nanggala 402 masih berharap akan ada keajaiban yang berlaku untuk ahli keluarga yang terlibat dalam trgaedi itu. Ketabahan isteri Komander KRI Nanggala, Kolonel Laut Harry Setiawan cukup mengundang sebak pengamal media yang berkunjung ke rumahnya.

Walaupun kapal selam itu disahkan sudah tenggelam oleh Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI), Winny Widayanti masih berharap akan ada kejaiban yang berlaku kepada kapal selam yang diketuai oleh suaminya, lapor Suara.com.

Advertisement

Pun begitu, walaupun dalam situasi berduka Winny juga turut prihatin dan mengambil berat tentang keadaan isteri dan keluarga anggota dengan berkunjung ke rumah mereka di sekitar kota Jawa Timur untuk memberi kata-kata semangat.

“Saya kena kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal. Kalau tugas Harry menjaga anak buahnya, tugas saya sebagai isteri ialah menenangkan isteri dan keluarga mereka”- katanya. 

Tidak hanya itu, Winny juga masih mengirim mesej melalui Whatsapp ke nombor suaminya untuk memberitahu tentang keadaan di rumah walaupun mesej itu tidak berbalas.

“Banyak media datang ke rumah ambil gambar saya dan suasana di rumah” – katanya dalam kiriman mesej kepada suaminya yang tidak berbalas sehingga kini. 

Hal itu membuat warganet cukup sebak dan mendoakan semoga operasi pencarian kapal selam itu dipermudahkan.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...