‘Isteri Kini Pengetua Serta Guru Anak’ – Fazley Yaakob Berhentikan Anak-Anak Sekolah

Hiburan

‘Isteri Kini Pengetua Serta Guru Anak’ – Fazley Yaakob Berhentikan Anak-Anak Sekolah

Dalam situasi pandemik yang membimbangkan, chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob dan isteri memilih untuk mengajar sendiri anak-anak di rumah. Difahamkan, ketiga-tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Januari lalu.

Ketika ditanya mengenai hal itu, Fazley menerusi Instagram berkata dia mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Menurutnya, sejak belajar dari rumah, dia dapat melihat penambahbaikan dari segi pencapaian anak-anak termasuk keputusan assignment dan kuiz mereka.

Difahamkan, Fazley dan isteri memilih mendaftarkan anak dengan homeschool provider dari United Kingdom. Isterinya, Azrene Ahmad, menjadi guru dan pengetua kepada anak-anak.

Menyusun sendiri jadual pembelajaran mengikut jumlah jam, Fazley turut menyelitkan kelas mengaji al-Quran, fardhu ain dan kelas memasak pada hari Ahad.

Di ruangan komen, inisiatif yang diambil pasangan ini mendapat respon baik pengikut. Malah, ramai yang turut berkongsi kisah yang sama di mana anak-anak belajar di rumah sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...