Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar yang terjadi kepada dirinya serta isteri, Syafiqah Aina.
Hafiz yang juga pengusaha kosmetik jenama NSA Beau menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di Instagram, semalam.
Ujarnya lagi, Aina kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam.
View this post on Instagram
Dalam sesi ‘Live’ tersebut, Hafiz turut memaparkan beberapa video pendek memaparkan Aina sedang dirawat.
Tambah Hafiz lagi, dia sebenarnya sudah mengalami rasa tidak sedap badan sejak lebih setahun yang lalu seperti letih dan kadang-kadang rasa seperti ada yang ‘menemani’ dirinya ketika bersendirian.
Selepas ustaz berkenaan menyentuh saya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Tetapi apabila dia sentuh ibu jari kaki Aina pula, isteri saya terus menangis dan meraung.
Dalam pada itu, Hafiz turut memaklumkan bahawa keadaan Aina semakin baik dan pulih selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam berkenaan.
Hafiz dan isteri juga berkata bahawa mereka berdua memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan perkara tidak baik itu dan menganggap apa yang terjadi itu mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran.
Diri saya ini tidak apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai korban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi.
Sekadar info, Hafiz telah mendirikan rumah tangga bersaam Aina pada 24 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.