Isteri Kekasih Puteri Mardiana Jawab Tuduhan Suami Tentang Dirinya Keluar Rumah Dan Bawa Lari Anak

Hiburan

Isteri Kekasih Puteri Mardiana Jawab Tuduhan Suami Tentang Dirinya Keluar Rumah Dan Bawa Lari Anak

Dalam entri sebelum ini, kekasih Puteri Mardiana mendakwa sudah ditinggalkan isteri selama lebih setahun dan hidup berseorangan kerana hasutan ibu mertuanya. Malah, lelaki itu mendakwa isterinya membawa lari anak mereka dan dia sudah tiga bulan tidak melihat anaknya itu. Melalui akaun Facebooknya, isteri Ejumps, Norhasni Md. Hashim telah membuat kenyataan panjang menjelaskan tentang dakwaan tersebut.

 photo norhasni.png

Norhasni dan anak mereka, Nur Amelia Haarisa

Wow, bagus sungguh permainan artis dan kekasihnya ini. Saya tak sangka saya akan mengaibkan suami saya sendiri di laman sosial ini tapi saya rasa dah tiba waktunya saya bersuara dan mempertahankan diri saya dan keluarga apabila maruah kami diperkotak-katik kan.

Dia ingat dia artis ramai kawan wartawan senang dapat slot masuk cerita dalam akhbar itu dia boleh menutup kesalahan dia. Kalau nak publisiti pun agak-agaklah sedikit. Dan yang nak tumpang glamor yang suam-suam kuku itu pun, malulah sedikit. Mari sini, saya nak cerita fakta dan saya ada semua bukti apa yang saya cakap.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1. Siapa aniaya siapa?  Dipaksakah duduk berdua-duaan? Cukup-cukuplah kenyataan minum air itu, lawak sangat padahal Ejumps memang tiada di rumah USJ sudah beberapa hari sudah tak balik, nak salahkan JAIS pula.

2. Kenyataan bahawa ketika itu kami masih berkawan dan tiada langsung perasaan, kelakarkan? Tiada perasaan tetapi berpegangan tangan, kenyataan tidak matang.

3. Saya failkan fasakh pada bulan Mei lagi kerana tidak tahan dengan penderaan mental dan fizikal. Selain berlaku curang di belakang saya dia juga sering maki hamun dan memukul saya (dua laporan polis telah dibuat) serta mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

4. Tiada istilah bawa lari anak, saya keluar dari rumah atas nasihat polis dan peguam setelah dia memukul saya kali kedua. Laporan polis telah dibuat. Dia memukul saya ketika saya sedang mendukung bayi saya. Cuba bayangkan.

5. Rumahtangga kami goyah sebab sikap suami yang tidak pernah berubah, melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Asyik bersukaria dengan kawan-kawan hingga pagi hampir setiap malam, dengan kumpulan kereta menggunakan kereta SAYA.

6. Keyataan hasutan ibu mertua itu cukup kurang ajar…sepanjang perkahwinan Ejumps memang tidak hormatkan mak saya. Mak mana yang sanggup tengok anak dia menderita dan terseksa? Tapi mak tak pernah masuk campur hinggalah dia memukul saya.

7. Memang dia tidak bertemu dengan anak, dia sedang asyik dilamun cinta.  Dia tidak menghubungi saya pun hinggalah 5 Januari, saya dapat surat peribadi yang mengatakan mahu ambil anak setiap minggu pertama dan ketiga. Lawakkan? Surat peribadi, bukan surat peguam atau surat mahkamah pun.  Tiba-tiba hantar surat konon ada inisiatif nak jumpa anak sebab kes bicara 22/1 ini. Untuk lindungi dirilah kan, nafkah anak pun tak beri cuma beri lampin dan susu untuk tiga bulan untuk buktikan pada mahkamah dia ada beri nafkah dan sediakan keperluan anak. Kasihan kan? Kemudian terdapat kes dia bawa lari anak ke tempat penggambaran balik subuh pagi. Anak saya baru 10 bulan TAHU? Anak sakit, kemaluan anak merah, kembung perut yang teruk. Patutkah saya percayakan dia untuk menjaga anak saya? Walaupun sejam saya tak percaya. Ejumps tak pernah sekali pun tukar lampin, tak pernah sekali pun bancuh susu, tak pernah sekali pun cuci buang air besar dan tak pernah sekali pun mandikan anak. Patutkah saya perjudikan keselamatan anak saya?  Sudah tentu TIDAK.

8. Wow, kenyataan bahawa saya melengahkan kes.  Ejumps yang banyak kali tidak hadir ke mahkamah sehingga kes tertunda.  Kes pun sedang berjalan biarlah mahkamah yg tentukan..

9. “Dulu dia selalu tak balik rumah” ini memang kelakar. Saya yang duduk terperuk di rumah dia yang keluar rumah, saya pula yang dikatakan selalu tak balik rumah. Berat sungguh tuduhan ini. Cuba tanya diri,  kenapa saya keluar rumah, KENAPA..? Saya mula keluar rumah setelah tidak tahan dengan perangainya. Saya keluar rumah atas nasihat polis dan peguam demi keselamatan diri dan anak. Saksi ada ramai.

10. Kenyataan akhir ini memang kelakar, bekerja sebagai arkitek? Cuba tanya, di mana ambil ijazah? Ada ijazahkah? Dengan sijil kemahiran senibina boleh jadi arkitekkah?  Cuba jawab kerana itulah kenyataanya yang menipu saya dan keluarga saya. Saya dapati semuanya hanya penipuan selepas kami berumahtangga.

Mengakhiri kenyataan, Norhasni memberitahu dia tidak kisah jika suaminya dan Puteri Mardiana hendak berkahwin. Norhasni berkata Puteri Mardiana tidak sampai ke kelasnya dan bukan lawannya. Cuma Norhasni meminta dilepaskan cara baik dan dirinya serta anak kecil tidak diseksa. Dia juga memohon agar Ejumps membayar hutang yang tertunggak dan keluar dari rumah yang dibeli oleh Norhasni hasil titik peluhnya sendiri.

Keluarga Ejumps pun tahu tentang rumah itu. Jika dia dan keluarga masih punya maruah diri sila kembalikan hak saya dan anak.

Advertisement

Begitulah penerangan Norhasni tentang kenyataan suaminya tentang dirinya. Kami doakan ada kesudahan yang baik buat Norhasni dan anaknya dari semua ini. Bersamalah kita doakan kebahagiaanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...