Zahir rasa kecewa apabila suaminya menolak permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu, isteri kepada pelakon Ammar Alfian, iaitu Nelissa Nezam mendedahkan penolakan tuntuan cerai itu dilakukan Ammar pada Julai lalu.
Menurutnya, kes berkenaan bertambah rumit apabila Ammar bertindak menolak permohonan cerai yang dikemukannya.
“Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu.”
Ujar Nelissa, beliau juga seakan tidak tahu apa sebenarnya niat pelakon terbabit berbuat demikian.
“Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan. Malah sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu.”
Advertisement
Menurut laporan Gempak, Nelissa ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah.
“Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini.”
Sekadar informasi, Nelissa dan pelakon itu telah bernikah sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.
Sumber: Gempak

Cheater
August 10, 2020 at 2:42 pm
Orang dah taknak..lepaskan aje lah… Nak seksa dia lagi buat apa… Kesian la kat pompuan tu nak move on.. Dah laki wat hal pastu nak harap bini maafkan? Then what? Teruskan hidup cm takda apa² berlaku? No way man… Once a cheater, will always be a cheater! Especially in a relationship! Huh