Isteri Kecewa Ammar Alfian Enggan Cerai

Hiburan

Isteri Kecewa Ammar Alfian Enggan Cerai

Zahir rasa kecewa apabila suaminya menolak permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu, isteri kepada pelakon Ammar Alfian, iaitu Nelissa Nezam mendedahkan penolakan tuntuan cerai itu dilakukan Ammar pada Julai lalu.

Isteri Kecewa Ammar Alfian Engan Cerai

Advertisement

Menurutnya, kes berkenaan bertambah rumit apabila Ammar bertindak menolak permohonan cerai yang dikemukannya.

“Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu.”

Ujar Nelissa, beliau juga seakan tidak tahu apa sebenarnya niat pelakon terbabit berbuat demikian.

Isteri Kecewa Ammar Alfian Engan Cerai

“Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan. Malah sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu.”

Menurut laporan Gempak, Nelissa ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah.

Isteri Kecewa Ammar Alfian Engan Cerai

“Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini.”

Sekadar informasi, Nelissa dan pelakon itu telah bernikah sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...