Siapa sangka tindakannya membantu jiran sebelah rumah membawa kepada satu penemuan mengejutkan?
Seorang lelaki dari Hangzhou, Beijing bernama Wang telah menggunakan kemahirannya untuk membantu jiran membaiki CCTV.
Difahamkan, Wang sebelum ini pernah membuka kedai membaiki barangan elektronik dan mempunyai pengalaman tersebut.
Wang bagaimanapun mendapat tahu kecurangan isterinya yang terbongkar selepas dia terlihat aksi wanita itu dan kekasih gelapnya menerusi rakaman CCTV jirannya.
Rakaman tersebut memaparkan isterinya menunggang motosikal elektrik menuju ke arah sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.
Ada sebuah kereta sudah menunggu. Isteri saya kemudian masuk ke dalam kereta itu.
Berdasarkan data rakaman itu, isteri Wang berada di dalam kenderaan tersebut selama 47 minit sebelum keluar dari kereta.
Lelaki yang tidak dikenalinya turut keluar dari kereta itu dan menyerahkan sebuah kotak kepada isterinya.
Wajah isteri saya kelihatan gembira selepas keluar dari kereta. Dia bahkan tersenyum ketika mendapat kotak hadiah.

Kredit: Sanook
Selepas menonton rakaman CCTV itu barulah Wang teringat bahawa pada malam kejadian isterinya tiba-tiba keluar dari rumah tanpa memberitahunya selepas menjawab panggilan telefon.
Wang kemudian bertanya kepada isterinya tentang kejadian itu dan wanita berkenaan mengakui bahawa lelaki di dalam kereta tersebut ialah teman lelaki yang juga merupakan bekas rakan sekelasnya.