Menjalani pembedahan besar dan memerlukan rawatan selama hampir sebulan, seorang lelaki terkejut apabila mendapat tahu bil yang perlu dibayar sangat berpatutan.
Menerusi Facebook, Lee Vi Hua meluahkan rasa lega pembedahan isterinya berjalan lancar dan bersyukur kos yang dikenakan begitu rendah sekali.
Sakit kepala yang teruk dan berterusan
Isterinya mengalami sakit kepala yang teruk sejak Disember tahun lalu dan ketika itu dia hanya memakan ubat penahan sakit dari klinik tempatan.
Bagaimanapun, isterinya masih berasa sakit yang berterusan dan dia membawanya ke hospital swasta di mana mereka dimaklumkan wanita itu mengalami pendarahan otak yang serius.
Kos hospital swasta cecah RM150,000
Ketika itu, doktor mengesyorkan prosedur pembedahan otak serta mereka kepadanya namun ia tiada di hospital swasta tetapi hanya di hospital kerajaan terpilih.
Pada mulanya, kami merancang pembedahan di hospital swasta dengan anggaran kos RM150,000. Bagaimanapun, keadaan berubah apabila isteri saya disahkan positif COVID-19 pada 17 Disember lalu, menyebabkannya dipindahkan ke hospital kerajaan di Johor Bahru.
Pergi ke hospital kerajaan, bil tak sampai RM300
Tambah Vi Hua, perancangannya untuk mendapatkan rawatan buat isteri tidak berjaya kerana pada 23 Disember kebanyakan pakar bedah di hospital kerajaan dan swasta sedang bercuti.
Akhirnya pada 7 Januari lalu isteri saya berjaya menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hanya dua hari kemudian.
Pembedahan itu berjaya, menandakan berakhirnya perjalanan yang mencabar selama 26 hari. Selepas tiga bulan berada di hospital dan di bawah jagaan pasukan perubatan terbaik, saya terkejut apabila hanya perlu menjelaskan bil RM258.
Dia memuji sistem penjagaan kesihatan di negara ini dan berkata jika memilih hospital swasta sudah tentu kos yang perlu dibayar akan mencecah berlipat kali ganda lebih tinggi.
Perkongsian Vi Hua meraih perhatian ramai dan turut diceritakan semula oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah di akaun Twitter peribadinya.
A husband was left amazed by a hospital bill of only RM258 for his wife’s brain surgery and treatment expenses over 26 days at a government hospital.
Initially, we planned the surgery at a private hospital, estimating a cost of RM150,000.
The surgery was a success, marking the…
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 17, 2024