June 30th, 2011

isteri salih yaakob

Rasanya anda semua pun perasan terutama semasa Maharaja Lawak di mana Salih Yaakob sentiasa ada bersama dengan isteri barunya, Emi. Abang Nara ada terfikir jugak takkanlah isteri-isteri tua SY tak jeles asyik-asyik Emi je yang keluar. Akhirnya jawapan kepada persoalan itu sudah keluar daripada mulut SY sendiri:-

Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya.

Untuk pengetahuan anda, SY bukan sengaja nak bawak Emi ke semua event. Sebenarnya Emi adalah pengurus peribadi SY. Itu yang diusung ke sana ke mari. So sila jangan salah faham ye.

Apa-apa pun tak sabar nak menonton rancangan talkshow “SY – I follow” Jumaat ini. Mesti kelakar.


Comments are closed.

Loading...