Isteri Ingin Berpisah Motif Utama Lelaki Ini Bunuh, Kerat dan Bakar Isterinya

Trending

Isteri Ingin Berpisah Motif Utama Lelaki Ini Bunuh, Kerat dan Bakar Isterinya

Semalam kami ada berkongsikan satu post tentang seorang lelaki di Indonesi yang membunuh isterinya kerana tertekan si isteri meminta beliau untuk membelikan sebuah kereta. Kejadian tersebut berlaku di Karawang, Jawa Barat, Indonesia telah menggemparkan seluruh republik itu sekali gus mencetus kemarahan rakyat dan netizen.

Advertisement

Kes jenayah luar biasa itu terus mendapat liputan menyeluruh oleh hampir kesemua syarikat media negara tersebut, yang semakin digemparkan dengan pelbagai perkembangan.

Muhamad Kholil, 23, dalam laporan awal dikatakan bertindak sekejam itu selepas satu pertengkaran bersama isterinya, Siti Saadah, 21, (yang juga dikenali dengan nama NIndi atau Desi Wulansari).

Pada awalnya, Kholil menyatakan bahawa dia bertindak sedemikian kerana tertekan dengan sifat isterinya yang sering meminta-minta, selain mendakwa ibu bapanya juga sering dihina oleh Siti Saadah. Namum alasan itu direka reka sebagai alibi di hadapan polis.

Sewaktu menyiasat tempat kejadian, polis telah menemui nota yang dipercayai ditulis oleh Siti. Ia adalah curahan hati Siti mengenai tingkah laku Kholil yang selama ini terpaksa dihadapinya.

“Ingin saja pulang ke rumah tapi malu pada keluarga dan jiran-jiran. Ada suami tapi tak tinggal bersama, fikirannya pasti banyak yang negatif,” antara catatan pada nota yang diperoleh.

Pihak polis berkata, pertelingkahan itu ada kaitan dengan permintaan Siti Saadah sebelum ini yang mahu berpisah dengan suaminya.

Lantaran sakit hati, Kholil dipercayai telah hilang pertimbangan lalu bertindak sekejam itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...