Isteri Ifan Seventeen Di Sahkan Meninggal Dunia

Trending

Isteri Ifan Seventeen Di Sahkan Meninggal Dunia

Pada malam sabtu lalu, Dylan Sahara dilaporkan hilang selepas kejadian tsunami di Tanjung Lesung Resort, Indonesia.

Kehilangan Dylan Sahara menimbulkan keresahan kepada suaminya Ifan yang juga vokalis kepada kumpulan seventeen.

Advertisement

Menerusi akaun Instagram Ifanseventeen, dia telah mengesahkan bahawa isterinya telah meninggal dunia selepas 2 hari hilang dari kejadian dan telah ditemui semalam.

Screenshot-2018-12-25-at-10-57-47-AM
 
“Alhamdulillah udah ketemu istriku @dylan_sahara Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen. Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku @dylan_sahara InsyAllah husnul khotimah Allahuma amin”, coretan ifan menerusi akaun Instagramnya.

Dylan sahara merupakan seorang pelakon dan pengacara dari Indonesia yang dilaporkan hilang selama 2 hari selepas terbabit dalam kejadian dipukul ombak tsunami ketika menemani suaminya, Ifan vokalis kumpulan tersebut untuk membuat persembahan.

Pada hari kejadian tsunami berlaku, Dylan berada dibelakang pentas semasa kumpulan tersebut mengadakan persembahan dalam satu undangan sebuah syarikat.

Yang turut terkorban dalam kejadian tsunami ini ialah dua pemain gitar kumpulan ini iaitu, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain Drum, Andi.

Screenshot-2018-12-25-at-11-17-13-AM
 
Screenshot-2018-12-25-at-11-12-47-AM

Jenazah isteri Ifan akan dibawa pulang pada hari ini untuk disemadikan.

Al-Fatihah.

Screenshot-2018-12-25-at-11-14-54-AM
Screenshot-2018-12-25-at-11-20-29-AM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.