Siapa yang tidak kenal dengan aktor kelahiran Singapura Hisyam Hamid yang semakin mendapat nama dalam industri hiburan tanah air. Antara drama yang berjaya menaikkan nama beliau adalah Ariana Rose dan Cinta Ibadah.
Baru-baru ini, Hisyam telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram yang memaparkan isteri tercinta Mel sudah mengenakan tudung. Pelbagai reaksi daripada peminat selain mendoakan agar perubahan isteri beliau kekal dan memuji kemanisan wajah beliau dengan penampilan terbaru.
Mel dalam satu kenyataan media berkata, perubahan tersebut lahir daripada hatinya sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa pun dan Hisyam adalah orang yang paling gembira dengan penghijarahan beliau.
Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah. Â Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya.
Alhamdullilah, nampaknya seorang lagi hamba Allah telah terbuka hatinya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mel.