Isteri Hidap ‘Faraj Terkunci’, Suami Beri Tempoh 2 Bulan Sembuhkan Diri Kalau Tak Nak Dicerai

Hiburan

Isteri Hidap ‘Faraj Terkunci’, Suami Beri Tempoh 2 Bulan Sembuhkan Diri Kalau Tak Nak Dicerai

Normal untuk seorang wanita yang baru bergelar isteri berasa takut apabila sudah tiba masanya untuk ‘bersama’ sang suami buat pertama kali. Namun untuk pengetahuan, wujudnya satu kondisi bernama Vaginismus.

Kondisi ini mengakibatkan ‘miss V’ wanita berkenaan akan menjadi tegang kerana terlalu takut untuk ‘bersama’ dengan suami.

Advertisement

Melalui perkongsiaan seorang doktor di TikTok baru-baru ini, terdapat satu kisah yang dialami oleh wanita ini apabila si suami akan melafazkan talak seandainya masalah ‘faraj terkunci’ ini tidak disembuhkan dengan segera.

Lagi membuatkan situasi yang dihadapi oleh wanita itu menyedihkan, si suami membiarkan saja isteri seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk mendapatkan rawatan.

Suaminya langsung tidak mengambil endah penyakit apakah yang dihadapi oleh wanita itu dan langsung tidak ambil tahu emosi yang sedang dilalui isteri.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang sedang dihadapi oleh wanita itu dan menyifatkan seorang lelaki tidak sepatutnya memberi tekanan kepada wanita, seandainya sedang lalui fasa-fasa seperti itu. Lagi-lagi, untuk memulihkan penyakit Vaginismus memakan masa yang agak lama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

(VIDEO) "Untunglaa..." - Cikgu Sekolah Bawa Rombongan Pelajar Tonton Filem 'Mat Kilau'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 28, 2022 at 6:27 pm

    mek dan suami pun ambik mase beberape bulan juge. mek rase ramai wanita yg takut hubungan intim ni. tibe2 kena bersame tanpe seurat benang, bahagian paling disorok selame ini dibongkar. malu toksah ckp lerr walaupun suami tu sah dah menikah dgn kite. mase tu masing2 takde ilmu. baik dari pihak suami, mahu pun pihak mek. mek tak tahu ape yg suami mahukan, kenape kene masuk situ. suami puler tak tahu nak belai2 utk merangsang. cume yg tahu, kalau nk ade zuriat, proses nye terhasil di dalam tu. percubaan demi percubaan tak berjaye. sakit toksah cerite. tp suami mek tak pernah ugut2 nk cerai mcm ni. dia fhm mek sakit. hinggalah mek beranikan diri utk hadapi kesakitan, sakit bukan kepalang. menyesal sbb nak teruskan. buat pertame kali mek tgk suami mek klimaks sdgkan mek hiba menahan sakit. mek fikir mase tu, ape yg best sgt tentang hubungan intim ni?? mcm mane ade perempuan2 yg boleh menyerah pd lelaki sdgkan sakitnye buat kita jalan kengkang beberape hari? utk satu tmpoh yg pnjg, hubungan intim bagai seksaan kpd mek sbb ye lerrr.. yg sane pun tak reti nk mainkan peranan. ambik mase yg sgt lame utk kami berdue nk paham ape nk kene buat utk menikmati. bkn utk menyakiti.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...