Normal untuk seorang wanita yang baru bergelar isteri berasa takut apabila sudah tiba masanya untuk ‘bersama’ sang suami buat pertama kali. Namun untuk pengetahuan, wujudnya satu kondisi bernama Vaginismus.
Kondisi ini mengakibatkan ‘miss V’ wanita berkenaan akan menjadi tegang kerana terlalu takut untuk ‘bersama’ dengan suami.
Melalui perkongsiaan seorang doktor di TikTok baru-baru ini, terdapat satu kisah yang dialami oleh wanita ini apabila si suami akan melafazkan talak seandainya masalah ‘faraj terkunci’ ini tidak disembuhkan dengan segera.
Lagi membuatkan situasi yang dihadapi oleh wanita itu menyedihkan, si suami membiarkan saja isteri seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk mendapatkan rawatan.
Suaminya langsung tidak mengambil endah penyakit apakah yang dihadapi oleh wanita itu dan langsung tidak ambil tahu emosi yang sedang dilalui isteri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang sedang dihadapi oleh wanita itu dan menyifatkan seorang lelaki tidak sepatutnya memberi tekanan kepada wanita, seandainya sedang lalui fasa-fasa seperti itu. Lagi-lagi, untuk memulihkan penyakit Vaginismus memakan masa yang agak lama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.