Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isteri Hamil Lima Bulan, Penyanyi Tajul Ariff Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Di Usia 23 Tahun

Tajul dan keluarga

Penyanyi Tajul Ariff mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata kedua di mana isterinya kini, Nurul Shamieza Eddie kini sedang hamil lima bulan.

Tajul dan keluargaSumber : Instagram Tajul  

Pasangan ini berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagram masing-masing, baru-baru ini. Menurut Nurul, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk berbanding kehamilan pertaman sebelum ini.

Advertisement

Namun begitu, kali ini Tajul pula yang muntah-muntah serta mengidam pelbagai benda.

View this post on Instagram

A post shared by @icaaeddie

“Kehamilan ini rasanya sama kot macam Carissa, mommy tak ada alahan cuma mual dan tak ada selera makan. Daddy (Tajul) yang dapat muntah-muntah dan mengidam macam-macam. Tapi baby kedua ini rasa besar semacam. Baru tiga bulan hamil dah macam enam bulan Carissa. Dan baby kicking semua dapat rasa cepat sangat.”

Tambah Nurul lagi, Carissa iaitu anak pertamanya kini menjadi lebih manja sejak mengetahu ibunya kini sedang berbadan dua. Difahamkan, dia dijangka bersalin pada awal Mei hadapan.

Sekadar info, Tajul,23, dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Adriana Carissa yang kini berusia setahun.

SUMBER : Instagram Tajul, Instagram Nurul Shamieza
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Leylla Elskens

    January 7, 2021 at 11:02 am

    Sape Tajul Arif ni? never know him…

Loading...
To Top