Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah sememangnya dikenali ramai. Meskipun kini usianya sudah 61 tahun, dia masih tetap mempunyai aura tersendiri dan baru-baru ini, khabarnya dia bakal menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.
Selepas menyambut kelahiran anak perempuan pertama pada Oktober tahun lalu, Jamal berkongsi berita gembira isterinya kini disahkan hamil 10 minggu.
Menurut Jamal, dia membawa isterinya menjalani pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii. Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina.
Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Jamal turut mempunyai dua lagi anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Zack
May 11, 2020 at 8:39 am
bawak2 bertobal la isap dadah bang jamal oi. Tau la awak tu ada lesen bawak ganja, pikir anak tu nanti naaaaa
minah jambu say STAY AT HOME !!
May 4, 2020 at 12:04 pm
bang jamal bukan nya tua sangat belom lagi 70an tahun mesti lah ada rezeki Allah kasi ..semoga yg akan datang ni saorang biduan ya…bang jamal BOLEH !!
Nabil
May 3, 2020 at 2:26 pm
Perrrghhhh dato makan jamu apa kasi kuat tu
Anonymous
May 3, 2020 at 12:16 am
caiyokkk