Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isteri Hamil 12 Minggu, Datuk Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke-5

Jamal Abdillah

Penyanyi lagenda pop terkenal negara, Datuk Jamal Abdillah ada berkongsi berita gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata ke-5 apabila isteri kesayangan, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil 12 minggu.

Maklum Jamal, untuk kehamilan kali ini dia sangat berbesar hati jika dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

Advertisement

Penyanyi berusia 63 tahun itu berkongsikan berita gembira itu ketika sesi wawancara bersama seorang Youtuber di saluran Wafa TV, semalam.

Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak). Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu. Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulllilah dengan rezeki yang Allah bagi.

Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack yang baru mencecah sembilan bulan.

View this post on Instagram

A post shared by ZETTY? (@zaiizatti17_)

Advertisement

Jamal yang pernah bernikah dua kali sebelum ini turut mempunya dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani,20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

Zai Izzati dalam pada itu turut menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur akan kehadiran ‘orang baharu’ tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan buat Datuk Jamal dan isteri di atas berita kehamilan ini!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Esah

    August 18, 2021 at 6:46 pm

    Esok anak pegi sekolah, umo bapak awak berape..bapak saye 28. Bapak saye plk 68. Oo ye ke ..atuk saye 50…

  2. Anonymous

    August 18, 2021 at 5:13 pm

    63 …tu dah la …

    Kesian kat. Budak tu

  3. yang concern

    August 18, 2021 at 2:37 pm

    hmm.. tahniah kerana bakal timang anak ke-3.. cuma kalau boleh lepas ni jarakkan la..sebab sebelum ni bersalin secara pembedahan..agak risiko. isteri tu akan bertambah kurang rehat.. mungkin dimulut dia tak kata apa.. dalam hati dia kita tak tau.. kadang kita tengok orang tenang2 ni, kita jangan sangka dia tenang sangat.. sekali dia meletup..tu tanda dia dah reach limit tu.. letih jaga anak ni..lagi2 bersalin rapat2.. kalau ada pembantu tu,,tak apalah..

    just my 2 cent

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top