“Saya Dah Cuba Kuat..” – Isteri Hafidz Roshdi Umum Hamil Anak Ketiga, Akui Bimbang Tekanan Melampau Beri Kesan Pada Bayi

Hiburan

“Saya Dah Cuba Kuat..” – Isteri Hafidz Roshdi Umum Hamil Anak Ketiga, Akui Bimbang Tekanan Melampau Beri Kesan Pada Bayi

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki usia 10 minggu.

Memetik mStar, Shuhada berkata dirinya perlu kuat dan tabah meskipun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan daripada isu rumah tangga yang dihadapinya kini.

Advertisement

Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan mengenai masalah tekanan depresi yang dihadapinya kini bagi terus kuat untuk menjaga dua anaknya, Humairah dan Umar.

Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan Shuhada menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada turut memberitahu bahawa dia telah jatuh pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital akibat badan terlalu lemah.

Tadi saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

Terdahulu, kemelut rumah tangga antara pasangan ini masih belum berakhir apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap isterinya itu ditangguhkan selepas sambutan aidilfitri.

Sam smith syazwan zulkefli
2 years ago

(VIDEO) "Sam Smith Malaysia.." - Imej 'Bersubang' Jadi Tumpuan, Syazwan Zulkefli Bakal Beraya Dengan Bekas Tunang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...