Isteri Goreng Ikan Arowana Suami Kerana Enggan Cuci Akuarium

Trending

Isteri Goreng Ikan Arowana Suami Kerana Enggan Cuci Akuarium

Bagi penggemar aktiviti memancing atau yang suka membela ikan dalam akuarium, pastinya cukup mengetahui tentang spesis ikan arowana ini atau juga dikenali sebagai ikan kelisa. Ikan arowana ini adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan individu yang memelihara ikan dalam akuarium.

Ini adalah kerana, ikan arowana ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi serta dikategorikan sebagai ikan termahal di dunia. Bagi yang tidak tahu, spesis ikan ini merupakan haiwan karnivor atau pemangsa yang memakan haiwan lain. Ia juga boleh melompat dan suka mencari makan berhampiran dengan permukaan air.

Advertisement

3 years ago

Reaksi Lucu Isteri Bila Suami Kantoi Hisap Vape

Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa bangsa yang lain, ikan arowana ini adalah symbol kepada tuah, kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Mereka percaya ikan ini mempunyai kaitan dengan kewujudan ketuanan Naga terutamanya jika sisik ikan tersebut bersaiz besar serta bentuk badannya menyerupai naga.

Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut.

Menurut laporan KOSMO, satu perkongsian di laman TikTok milik @miakurniawan01 memaparkan wanita tersebut berbuat demikian kerana merasa geram dengan perangai suaminya.

Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium kerana dilihat sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan si suami. Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian bertindak membersihkannya sendiri.

Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang betul untuk membersihkan akuarium tersebut dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri tetapi ikannya menjadi mabuk”

Ikan Arowana

Tangkap layar perkongsian video tersebut – via TikTok

Disebabkan itu, wanita tersebut membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan itu. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.

Perkongsian video tersebut sudah ditonton lebih 4.3 juta kali dengan 116.7 ribu tanda like, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...