Isteri Gemuk Punca Susah Dapat Zuriat!

Trending

Isteri Gemuk Punca Susah Dapat Zuriat!

Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu punca pasangan di negara ini sukar mendapat zuriat pada zaman ini.

Advertisement

Menurut Utusan,  ia adalah kesimpulan yang dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ismail bertanyakan mengenai faktor peningkatan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan di hospital-hospital awam dan swasta.

Selain itu, Dzulkefly turut menyifatkan faktor pemakanan sebagai satu lagi faktor kepada pasangan suami isteri sukar memperoleh zuriat.

Mutakhir akhir zaman ini, kesuburan selain lelaki dan wanita antara lain telah saya bayangkan barang kali kegemukan isteri dan kekurangan suami . Kedua-duanya dikenal pasti punya kelemahan.

Dan sama ada ia berbentuk immunologikal, hormon atau struktural atau apa pun sebabnya termasuk tiub falopio tersumbat dan sebagainya . Saya yakin juga daripada pemakanan adalah sangat mustahak.

Menurut seorang Pakar Perubatan Reproduktif, Dr Murizah dalam satu posting di laman Facebook miliknya hari ini:

Ramai yang tersentap membaca statement ini. Ini bukan omong kosong tetapi fakta Gemuk:

  1. Menggangu proses ovulasi atau penghasilan telur pada wanita. Wanita gemuk sering mengalami haid yang tidak teratur

 

  1. Kegemukan juga mengurangkan kualiti telur yang dihasilkan

 

  1. Kegemukan meningkatkan risiko keguguran

 

  1. Kegemukan mengurangkan kualiti sperma yang terhasil

 

  1. Kegemukan mengurangkan peratusan kejayaan dalam apa jua rawatan kesuburan

 

Justeru itu banyak negara yang meletakkan kriteria hanya memulakan rawatan kesuburan seperti IVF jika BMI di bawah 30 dan yang paling penting sekali kita mahu kandungan yang sihat.

  1. Kegemukan meningkatkan morbiditi dan mortaliti bagi ibu yang hamil.

Justeru, jika ada komen dari netizen yang kata, tipulah saya gemuk tapiu boleh hamil.

Saya hanya akan berkata bersyukurlah kerana anda bernasib sangat baik untuk  boleh hamil dan melalui kehamilan tanpa komplikasi.

Jom kurus untuk sihat.

Sumber: Utusan Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...