“Isteri Garang Bagus Sebenarnya” – Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Lembutkan’ Isteri Yang Garang

Trending

“Isteri Garang Bagus Sebenarnya” – Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Lembutkan’ Isteri Yang Garang

Memiliki seorang isteri yang ‘garang’ macam singa merupakan satu rahmat sebenarnya bagi keluarga. Mereka sebenarnya bukan garang tidak bertempat, malah garang mereka ada masanya.

Isteri yang keras kepala dan garang ni sebenarnya tak ramai tapi banyak.

Advertisement

Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.

Perkahwinan aku baru setahun lebih.

Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang-kadang kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya.

Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah. Nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.

Ada ketika perlu mengalah,aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM.

Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Percayalah cakap aku. Perempuan sentiasa betul. Layan kan saja dulu.

Para suami kena ingat yang kita bukan perempuan.

Kita tak kan dapat paham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan. Jangan ikot ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.

Aku ambil pendekatan untuk bertahan, bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.

Biasanya bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Bagi dia masa dan ruang. Lepas tu biasanya dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf.

Dan waktu ni la aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah.

Aku tak akan hentam atau salahkan dia. Sebab pada aku ini la masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul-betul lembut ketika itu.

Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (isteri aku mengandung masa ni).

Aku macam biasa la cuba mengalah. Ambil wuduk,solat. Lepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari. Bawah katil. Dalam peti ais. Dalam tudung saji. Belakang pintu. Luar rumah. Dalam kereta. Pun tak ada. Handphone, beg, semua ada.

Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear.

Teddy bear tu pulak memang lagi besar daripada dia. Memang tak nampak la. Itu pun dia sendiri bagi petunjuk, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk dia.

Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, perlawanan Liverpool dah nak mula kot. Betul la orang cakap “perempuan merajuk sebab nak dipujuk”.

Kenapa aku selalu mengalah?

Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang agresif,lasak, suka shopping, travel, berdikari, suka bersolek.

Sejak dia jadi isteri aku, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam peragaan sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang.

Kalau aku kat tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.

Isteri aku membesar dari kecik di bandar besar Kuala Lumpur. Mempunyai pekerjaan yang hebat dan tiba-tiba selepas 4 bulan kami berkahwin kami memutuskan untuk dia berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa.

Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan-kawan, dia bersedia menerima keluarga aku, menerima persekitaran baru dalam hidup dia.

Aku la kawan dia. Aku la sahabat dia. Aku perlu jadi semuanya untuk dia. Aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia.

Sebab tu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang-kadang memberontak.

Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. Dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.

Sebulan sebelum ulangtahun perkahwinan, kami di kurniakan seorang anak lelaki.

Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.

“Masa doktor suruh ayu tekan lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya ayu dah abis nafas, dah tak kuat. Tapi kalau ayu tak tekan, ayu takut anak kita mati. Jadi ayu tak fikir panjang, ayu cuba sehabis boleh. Biar la ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa”.

Aku ada kat sebelah dia, pegang tangan dia masa kat ‘labour room’. Aku dapat merasainya.

Aku tak sesabar dia. Aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami.

Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. Aku berusaha menjadi baik. Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap-tiap orang yang sabar, Allah dah janji kan ganjaran.

Kekal tenang dan jadi suami yang bersabar.

Sumber: Rahman Marlis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...