Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isteri Fizo Omar Sudah Hamil?

Sejak beberapa hari ini, kami ada mendengar khabar bahawa isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Kraim sudah berbadan dua selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Ramai peminat pasangan ini ingin mengetahui adakah berita ini benar?

Advertisement

Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah… saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor.

Menurut Fizo, beliau akan membawa isterinya untuk menjalani ujian kehamilan tidak lama lagi dan jika benar Mawar mengandung, Fizo berjanji beliau akan mengumumkan berita gembira tersebut.

InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor. Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik.

Semoga ada rezeki untuk Fizo dan Mawar menimang cahaya mata. Harapnya segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top