Isteri Fikry Ibrahim Akui Belum Bertudung Sepenuhnya, Masih Belajar Untuk Jadi Lebih Baik – “Tolong Doakan Saya”

Trending

Isteri Fikry Ibrahim Akui Belum Bertudung Sepenuhnya, Masih Belajar Untuk Jadi Lebih Baik – “Tolong Doakan Saya”

Isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Khalizah Alihan tampil memberi penjelasan berhubung penampilannya yang belum bertudung sepenuhnya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Khalizah memberitahu dia masih mencuba untuk menjadi lebih baik dari segi rohani dan emosi.

Advertisement

khalizah alihan

Saya tahu sesetengah orang mungkin perasan saya masih belum memakai tudung sepenuhnya.

 

Saya ingin mengatakan ini adalah sesuatu yang sangat peribadi dan saya masih dalam perjalanan saya sendiri untuk belajar, berkembang dan cuba jadi lebih baik setiap hari dari segi rohani dan emosi.

Dalam hantaran yang sama, dia turut memohon agar orang ramai mendoakannya supaya dia menjadi seorang individu yang lebih baik.

Tolong doakan saya, sambil saya cuba untuk berkembang dan jadi lebih baik, Insya-Allah.

khalizah alihan belum bertudung

Sebelum ini, rumah tangga Fikry dan Khalizah menjadi bualan orang ramai selepas isteri kepada pelakon itu muncul di mahkamah bagi proses penceraian mereka.

Walau bagaimanapun, Fikry mendakwa isteri hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menarik balik permohonon cerai yang difailkan pada Mei lalu.

fikry ibrahim
3 weeks ago

"Ya Fikry Cakap Betul" - Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...