Isteri kepada aktor Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani mengakui bersedia untuk melepaskan jawatan serta gaji lumayan sebagai seorang Ketua Pramugari Emirates Airlines dan pulang ke tanah air untuk  berada di samping suami tercinta dan membina sebuah keluarga bahagia.
Buat masa ini saya masih terus bekerja tapi jika Fahrin mahukan saya berhenti, saya bersedia dan tiada masalah untuk tinggalkan kerjaya saya. Sementara ini saya dan suami, kami masih dalam penyesuaian dan memang ada perancangan untuk balik terus ke Malaysia.
Beberapa minggu menjelang pernikahan mereka, Fahrin sering digosipkan mempunyai hubungan bersama aktres Izreen Azminda. Menyedari perkara tersebut, Elena bagaimanapun tidak cepat melatah ataupun merasa ragu terhadap Fahrin dan sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja pada masa hadapan.
Saya tidak berasa ragu-ragu padanya meskipun timbul gosip dengan Izreen. Saya terima dia dengan ikhlas dan tidak kisah dengan gosip atau kontroversi dia sebelum ini dan bersedia untuk menghadapi apa saja pada masa akan datang.
Dalam pada itu, tatkala diminta mengulas mengenai mengapa tiada pertukaran hantaran, Elena menyatakan dia dan Fahrin bersepakat untuk tidak mempamerkan barang hantaran mereka kepada umum.
Hantaran itu hanyalah sebagai adat. Sebenarnya, ada hantaran tapi kami tak mahu pamerkan pada umum kerana itu cara kami dan pada kami ia lebih manis.
Walaupun kita mempunyai kerjaya tetapi keluarga harus didahulukan kerana ia merupakan salah satu faktor untuk rumah tangga yang bahagia. Lagipun, kami rasa Fahrin sudah lebih daripada mampu untuk menyara isterinya.
Sumber Berita: Malaysian Digest