Baru beberapa bulan setelah Ezad Exist dilanda dugaan besar kerana ditangkap akibat kes dadah beliau, kini beliau diduga lagi apabila isteri tercinta yang sering berada di sisinya dan melalui detik hitam bersamanya, Nor Azeana Ramli kini disahkan menghidap penyakit kanser dan sedang hamil lima bulan.
Ezad memberitahu sebelum ini Azeana sering mengadu sakit perut ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun lalu dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dimana satu ketumbuhan dikenalpasti. Walaubagaimanapun, isterinya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.
Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.
Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.
Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus (saluran usus)  yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.  Ia boleh berlaku di mana-mana di sepanjang saluran gastrousus iaitu dari esofagus hingga ke dubur. Walaupun ketumbuhan tersebut sering berlaku di saluran usus, ia juga mungkin timbul di bahagian tubuh yang lain.
Kepada Ezad Exist dan isteri, harap anda tabah menjalani kehidupan seharian dan semoga apa yang dihajati berjalan dengan lancar. Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka suami isteri.