Isteri Edika Yusof Kemuka 10 Sebab Untuk Bercerai, Peguam Sifatkan Wajar Untuk Berpisah – “Dia Sudah Tidak Tahan Sangat”

Trending

Isteri Edika Yusof Kemuka 10 Sebab Untuk Bercerai, Peguam Sifatkan Wajar Untuk Berpisah – “Dia Sudah Tidak Tahan Sangat”

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan kes penceraian antara pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri ke 5 Mei akan datang.

Menurut peguam syarie Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates yang mewakili Hidayah, mahkamah telah memberikan kebenaran kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.

Advertisement

Seperti sedia maklum, hari ini adalah kes permohonan cerai yang mana secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai pada pihak Nor Hidayah tetapi disebabkan dia tidak suci hari ini, jadi mahkamah menangguhkan kepada 5 Mei depan.

Tambahnya, terdapat 10 dakwaan yang dikemukakan oleh Hidayah sebagai asas permohonan cerai, namun tidak dapat diperincikan kerana sifatnya yang sensitif dan boleh menjatuhkan maruah.

Kita sudah bentangkan fakta-fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai ini sama ada wajar atau tidak pihak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya.

Mahkamah pun menerima setiap keterangan dan alasan Nor Hidayah dan suka saya nyatakan mahkamah menerima alasan yang paling kritikal dalam rumah tangganya yang sudah berlalu selama lebih 20 tahun.

Ia sepatutnya sudah diselesaikan tapi disebabkan Nor Hidayah bermurah hati demi menjaga maruah keluarga. Sampai sekarang barulah dia ada ketabahan atau kerelaan untuk memohon. Ini pun kerana dia sudah tidak tahan sangat.

Ada lebih kurang 10 dakwaan dan kalau saya bentangkan di sini, akan mengaibkan dan dakwaan semua itu adalah yang paling kritikal dan boleh mencemarkan maruah Nor Hidayah sebagai isteri.

Mohd Yazid turut menegaskan bahawa tindakan Hidayah menuntut cerai adalah berasas kerana dia telah lama memendam perasaan dan menjadi sasaran kecaman.

Permohonan cerai Nor Hidayah yang difailkan pada Februari lalu memasuki sebutan kedua hari ini selepas Edika gagal hadir pada prosiding pertama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

linda hashim nekad buka fail baru
32 mins ago

Linda Hashim Nekad Buka 'Fail Rahsia' Jika Beego Enggan Lafaz Cerai Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...