Isteri kepada pelakon terkenal, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri difahamkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari yang lalu.
Menurut OhBulan!, perkara itu telah disahkan oleh peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang hadir bagi sebutan pertama kes tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen.
Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami terima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula.
Tiada persefahaman
Peguam tersebut enggan berkongsi secara terperinci mengenai faktor anak guamnya memfailkan cerai namun memaklumkan tiada persefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.
Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ia bersifat subjudis kepada pihak defendan.
Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan.
Tapi secara umumnya ialah tiada persefahaman antara plaintif dan defendan.
Sudah tidak tinggal serumah
Hidayah juga enggan memberikan sebarang komen lanjut berhubung pemfailan cerai yang dibuat.
Semua tahu situasi dan keadaan saya. Jadi, kalau sudah sampai tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.
Jadi, itu sajalah yang boleh katakan. Saya tak mahu memberikan sebarang komen.
Kalian boleh tanya kepada pihak belah sana kerana tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.
Dia turut memberitahu bahawa dia sudah tidak tinggal serumah dengan Edika namun enggan menjelaskan secara terperinci.
Saya dan dia dah tak serumah cuma tak perlulah saya kongsikan dari bila.
Terdahulu, kisah Edika yang setia menjaga Hidayah selepas isterinya lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah meraih perhatian ramai.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.