Isteri Dipercayai Ada Hubungan Sulit, Suami Cemburu Tetak Hingga Mati

Trending

Isteri Dipercayai Ada Hubungan Sulit, Suami Cemburu Tetak Hingga Mati

Berlaku lagi satu kejadian di Tawau angkara perasaan cemburu seorang suami dimana dipercayai menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati di ladang kelapa sawit, kelmarin,  lapor Berita Harian.

Dilaporkan mangsa yang dikenali sebagai Norhasnah Sahanin, 20-an ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah kongsi di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang warga asing berumur 22 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang di situ melarikan diri selepas kejadian.

“Suspek akhirnya ditahan selepas tujuh jam bersembunyi di ladang kelapa sawit  kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian”

Polis merampas sebilah parang bersama sarung parang biru dan sehelai seluar panjang.

Dikatakan suami mangsa bertindak sedemikian kerana mengetahui hubungan sulit isterinya dan didapati terdapat kesan tetakan di bahagian leher mangsa yang dipercayai ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...