Isteri Dikurung Dan Telefon Bimbit Diambil Sebab Tak Siapkan Sarapan Untuk Suami

Kehidupan

Isteri Dikurung Dan Telefon Bimbit Diambil Sebab Tak Siapkan Sarapan Untuk Suami

Dalam hidup berkeluarga, sikap tolong-menolong dan memahami antara satu sama lain perlu ada supaya tidak berlaku sebarang pertelingkahan atau pergaduhan.

Sebelum ini, berlaku satu kejadian dimana seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara disebabkan mengugut seorang kakaknya secara jenayah kerana wanita tersebut tidak memasak nasi.

Advertisement

BACA : Ugut Bunuh Dan Maki Kakak Sendiri Sebab Tak Masak Nasi, Lelaki Ini Dipenjara 2 Tahun 

Namun, kali ini pula berlaku apabila seorang suami bertindak mengurung isterinya di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi, Klang kerana tidak menyediakan sarapan pagi untuknya pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli selaku Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata kejadian yang berlaku pada jam 7.15 pagi dikatakan mangsa, 27 tahun ditolak pada bahagian kepala dan badan oleh suaminya hingga terjatuh.

“Mangsa dikunci dari dalam rumah. Bukan itu saja, telefon bimbit mangsa juga turut disimpan oleh suspek supaya isterinya tidak menghubungi orang lain.”

Tambahnya ketika dihubungi Sinar Harian, mangsa telah meminta jiran depan rumahnya untuk menghubungi polis dan telah datang ke rumah mangsa bagi melepaskan suri rumah tersebut sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Advertisement

Pun begitu, pasukan polis juga berjaya memberkas suspek di rumah yang sama pada jam 5.15 petang dan suspek mengaku bahawa dia terlibat dalam kes tersebut.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada Selasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...