Isteri Dedah Suami Tak Pernah Beri Nafkah Zahir, Walau Untuk Beli Pakaian Dalam Pasar Malam

Trending

Isteri Dedah Suami Tak Pernah Beri Nafkah Zahir, Walau Untuk Beli Pakaian Dalam Pasar Malam

Alam perkahwinan bukan sesuatu yang indah semata-mata. Ada juga yang telah berkahwin tapi tidak pernah rasa bahagia.

lelakianMungkin itu yang dialami oleh seorang isteri yang mendedahkan suaminya tidak tahu (atau buat tak tahu) yang nafkah belanja wajib diberi kepada isteri. Ikuti kisahnya yang dihantar kepada Facebook Kisah Rumah Tangga.

Advertisement

Saya ini ibu muda. Dari awal kahwin suami saya ambil ringan bab nafkah untuk saya dan anak-anak.

Untuk beli barang saya: make-up ke, bra, seluar dalam, bukan banyak pun saya minta kalau mampu RM 5 pun tak apa. Nanti dah bagi RM 5 saya kumpullah sendiri. 3-4 bulan bolehlah beli lipstik ke satu, kan?

Bukan suami tak mampu. Dia lebih pilih untuk sewa rumah selesa supaya keluarga dia selesa singgah. RM800 rumah saja, elektrik RM 350, sebab penghawa dingin, kan?

Mustahil kalau logik fikir dia tak mampu nak bagi walau RM 5. Saya pernah nasihat, kita pindah rumah semampu kita. Bil elektrik pun tak mahal. Kos lain pun tentu boleh dikecilkan.

Jadi lebih duit sikit bagi la RM 5 -10 nafkah tu buat saya beli apa-apa, kan.?Tetapi dia tetap cakap, “ala, kalau pindah rumah, RM 400 pun berapa sangat kurang,” katanya.

Apa otak dia fikir entah, padahal separuh dari harga sewa rumah asal.

Saya isteri tak ada kuasa. Saya pendam rasa, pendam macam-macam lagi.

Dalam beg duit saya memang tak ada duit sepanjang 3-4 tahun kahwin. Kalau dia bagi duit, contoh suruh beli susu anak, dia akan tanya baki duit. Kalau cakap terberi pada baby jiran sebelah, dia diam macam nak marah saya. Siap bagitahu lagi, duit tu boleh buat makan katanya.

Hati saya macam ada satu perasaan, macam dendam.

Tak apa dari situ saya mula cari duit sendiri, dropship barang online. Jadi agen macam-macam produk. Sekarang pendapatan saya boleh dikatakan lumayan.

Masalah sekarang suami saya cakap saya berkira dengan dia. Dengan anak-anak saya boleh beli gelang emas, dengan dia saya nak bagi RM 10 pun, saya sangat berkira.

Dalam hati ini, dulu kau satu sen tak bagi aku.

Tinggal rumah sewa RM 800 sebulan. Isteri minta nafkah RM 5 tak bagi boleh pula, cakap gaji bulan depan pun dah kira dah abis ikut kira-kira dia. Sedih tau.

Berkali-kali muhasabah diri. Tapi hati ni tetap datang perasaan macam saya tak boleh terangkan itu.

Dulu aku nak beli lipstik ke baju ke sampai sanggup jual barang anak yang dah tak pakai nak beli barang sendiri. Naluri perempuan, kan?

Sekarang ini, suami macam-macam ambil kesempatan.

Saya beli kereta, bulan-bulan saya bayar, tiap kali kena servis kereta saya bayar. Minyak saya bayar, sebab kereta tu kereta saya dia cakap.

Habis dia tinggal tolong bawa saja. Barang dapur, keperluan anak-anak, semua saya dahulukan duit saya, dia bayar nanti dapat gaji.

Tapi hati saya yang dulu, dia buat endah tak endah. Nak beli bra pasar malam pun tak lepas. Terbelanja lebih duit gaji dia, contoh bulan itu ada makan KFC, dia cakap saya penyebab gaji dia habis.

Dia tak sedar dari dulu sampai sekarang, setahun ada 12 bulan, adalah dia beri saya 1-3 kali RM 5, RM 10.

Semalam saya mengungkit dia cakap dia tak tahu yang nafkah saya tu wajib. Dia ingat dah sedia rumah, makan pakai, dah tak perlu bagi.

Dan soalan dia pada saya semalam: dia tanya kenapa saya tak cakap dari awal kahwin yang saya nak nafkah duit belanja?

Dia tak tahu yang dia wajib bagi.

Dan lagi satu dia cakap nafkah bukan duit semata. Nafkah batin ada, tak perlu duit katanya.

Dan dia bagitahu dia pun nak tuntut nafkah dengan saya. Nafkah apa? Ada warga KRT tahu tak? Ada nafkah ke untuk suami dari isteri?

Sangat stres bila saya bertikam lidah dengannya. Ada saja jawapan yang pelik-pelik yang memang takkan saya menang pun.

Terima kasih semua baca luahan hati saya.

Saya tak tahu suami saya orang ke, taik hidung. Sekian.

Rasanya semasa berkursus kahwin pun penceramah banyak kali menekankan mengenai kewajiban suami memberi nafkah zahir kepada isteri. Penulis merasakan suami wanita ini bukan tidak tahu, cuma buat tak tahu dan tetap mempertahankan ego yang tinggi. Dan rasanya Haji Bakhil tidak kedekut seperti ini juga.

Disebabkan dia berkira dengan isterinya, maka tidak hairan juga isteri akan mempunyai rasa berkira dengan dia juga.  Diharap wanita ini bersabar dan berdoa minta petunjuk dari Allah SWT mengenai keputusan terbaik dalam hidupnya.-amazingnara.com

Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...