Isteri Dedah Shukri Yahaya Suami & Ayah Yang Baik, Netizen Harap Tak Ada ‘Penyondol’ – “Jangan Berani Nak kacau!!”

Hiburan

Isteri Dedah Shukri Yahaya Suami & Ayah Yang Baik, Netizen Harap Tak Ada ‘Penyondol’ – “Jangan Berani Nak kacau!!”

Isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa syukur terhadap suaminya kerana menjadi seorang suami dan ayah yang baik.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu.

Advertisement

Menurutnya lagi, Shukri telah banyak berkorban untuk keluarga mereka dengan hasil penat lelahnya bekerja.

Ayah yang hebat.. suami yang hebat.. Terima kasih sayang atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat.

Dalam pada itu, Tya turut mendoakan segala jasa suaminya itu dibalas oleh Allah dan berharap Shukri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga Allah membalas segalanya.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you. Sayang you, I doakan you always.

@tyaadnan

Sayang u @Shukri Yahaya ?? I doakan you always….. #sorrytouchingsikit

? Hal Hebat – Umimma Khusna

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu kerana sentiasa mengutamakan anak-anak dan isteri.

Bukan itu sahaja, netizen turut berharap tiada orang ketiga ataupun ‘penyondol’ yang datang untuk mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dah Jadi No 2 Tu Senyap Jelah" - Main 'Filter' TADS, Aksi Fyna Jebat Lepas Dapat Watak 'Penyondol' Jadi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...