Isteri Da’i Farhan Kongsi Pengalaman Dalam Lokap, Ibarat Neraka Dunia

Hiburan

Isteri Da’i Farhan Kongsi Pengalaman Dalam Lokap, Ibarat Neraka Dunia

Baru-baru ini, isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Erin, didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu.

isteri da'i farhan lokap

Advertisement

Berkongsi cerita saat dia ditahan, Erin berkata pengalamannya yang terpaksa tidur di dalam lokap masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin boleh dilupakan. Ketika itu, dia ibarat berada dalam neraka dunia.

Pengalamannya itu seakan menjadi gambaran kepada kehidupan di akhirat kelak sehingga membuatkan Erin lebih takut untuk melakukan dosa.

isteri da'i farhan

Terdahulu, Erin terpaksa tidur selama dua malam di dalam lokap ketika ditahan reman bagi siasatan lanjut berkaitan kes dia dituduh menipu berkaitan sijil halal. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin RM4,000.

Dia  mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...