March 4th, 2020

Nampaknya isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Erin tidak lekang dengan kontroversi. Terbaru, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita dalam urusan sijil halal dan KKM untuk produk jamu yang menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

isteri da'i farhan didakwa menipu

Bagaimanapun, Erin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia dan mohon untuk dibicarakan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala untuk menyerahkan wang berjumlah RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. Jika didapati bersalah, Erin boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia 5 hingga 19 tahun.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

isteri da'i farhan

Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai kes yang melibatkan isterinya itu.

Sementara itu, ramai netizen yang memerli pasangan ini terutama sekali Da’i Farhan yang sebelum ini viral dengan kalimah cinta “aura ke 19”.

isteri da'i farhan didakwa menipu isteri da'i farhan didakwa menipu isteri da'i farhan didakwa menipu

Terdahulu, netizen mendakwa wanita itu yang mengakui dirinya seorang pakar neurologi dan menggunakan panggilan Dr Erin sebenarnya adalah doktor palsu kerana namanya tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).

Sumber Berita : BH ONLINE


6 responses to “Isteri Da’i Farhan Didakwa Di Mahkamah, Tipu Urusan Sijil Halal & KKM Bernilai Lebih RM10k”

  1. Anonymous says:

    itu la akibat bermegah-megah wanita lindungan kaabah???? ITU BUKAN WANITA LINDUNGAN KAABAH…. itu wanita lindungan atas kejahatan yang di buatnye…..

Loading...