Susulan nama masih hangat diperkatakan oleh warganet, isteri kepada Abang Wiring atau nama sebenar lelaki itu, Hairul Ezuan tampil bersuara mengenai status rumah tangga mereka.
Sebab utama Abang Wiring enggan bercerai
Dapat dilihat di platform Threads, wanita terbabit membalas komen seorang netizen yang bertanya sama ada suaminya bersetuju untuk ceraikannya selepas isu yang melanda sekarang ini.
Kata wanita itu, abang wiring enggan melepaskannya biarpun sudah banyak kali dia meminta cerai.
Bukan sebab sayang tapi..
Dia tak nak. Tapi bukanlah asbab ‘sayang’ pun.. tapi dia kenangkan anak-anak takde siapa jaga dan urus.
Jawapan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, di mana rata-ratanya bersimpati atas ujian yang dihadapi oleh wanita terbabit.