Isteri Kantoi Curang Setelah Lahirkan Bayi Kembar Dari Dua Bapa Yang Berlainan

Trending

Isteri Kantoi Curang Setelah Lahirkan Bayi Kembar Dari Dua Bapa Yang Berlainan

Seorang suami terkejut besar mendapati salah seorang bayi kembar yang dilahirkan oleh isterinya bukan anaknya melalui ujian paterniti.

Ujian paterniti terhadap anak-anak wajib dilakukan sebagai salah satu syarat mendaftarkan isi rumah di bandar Fujian wilayah Xiamen. Sebelum ujian dilakukan, si suami sememangnya sudah merasa curiga, menurut laporan akhbar tempatan, kerana salah seorang bayi itu langsung tidak menyerupainya.

Advertisement

Selepas mendapat keputusan ujian, si suami bersemuka dengan isterinya, yang akhirnya terpaksa mengakui telah melakukan hubungan satu malam dengan lelaki lain.

Seperti jangkaan, si suami tidak dapat menerima berita itu:

Sudah pasti saya akan membesarkan anak saya sendiri, tapi bukan anak kepada lelaki lain.

Bayi kembar hasil dua lelaki berlainan dipanggil “heteropaternal superfecundation” dan sangat jarang berlaku. Ia terhasil apabila sperma dari dua lelaki berlainan bersenyawa dengan dua telur serentak dalam pusingan pembiakan seorang wanita. – amazingnara.com via Shanghaiist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...