Seorang wanita dikecam Netizen gara-gara mlanggar suaminya dengan kereta kerana ingin melarikan diri setelah perbuatannya curang dengan lelaki lain kantoi di hadapan suami dan anaknya. Dalam muat naik yang viral di Facebook Kini Malaysia, ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan wanita itu.
Lelaki itu yang menggunakan nama Ku Fazly di Facebook menulis:
Alhamdulillah malam ni dok tengok balik gambar raya 2018 baru perasan dah lama aku tak bergambar dengan adik beradik aku sendiri dengan mak dengan anak-anak sejak 2004 lagi. Bukan kata raya, hari biasa pun. Baru ku sedar.
Selama ini, ada pontianak sundal malam terlekat bergantung kat aku banyak benda kena kawal.
Alhamdulillah 2018 new life untuk aku dan anak-anak. Puntianak sundal malam dah jumpa hantu raya sama level dengan dia. Aku ni SPM pun tak ada, meniaga nyor saja tak standard macam penolong kanan. Huhu
Takpelah janji..selamat dah kami anak beranak. 14 tahun aku rindu saat ni. Mintak maaf mak, abang faisal, ina, farhana.
Sebelum ni semua bersama, sejak abah meninggal susah senang kita bersama. Harap hidup baru aku ni kita dapat bersama balik macam dulu. Dapat jaga mak tok yah bersama.
Kak Teah dan adik Dhuha babah mintak maaf babah dah buat terbaik siang malam babah kerja untuk bagi keluarga cukup pakai. Babah bukan pandai belajar tinggi masuk universiti.
Tak apa kita mula hidup baru kita. Susah senang babah tak tinggal awak dengan adik selagi nyawa babah..walaupun sekarang.. Kak Teah dengan Dhuha setiap bulan kena medical checkup siketeri inshaallah perlahan-perlahan beransur pulih.
Biarlah pontianak sundal malam tu dengan life dia. Allah tahu sapa yang betul. Untuk pontianak sundal malam selamat hari raya. Terima kasih kerana mengajar aku dengan anak-anak erti sakit kena langgar dengan sundal sebab kantoi. Sampai koma. Kena sakit santau. Kena trauma ssiketeris.
Lebam kena tumbuk dengan hantu raya. Macam-macam dah. Pesanan kami malulah kat Allah. Halalkan yang haram. 7 tahun dah sejak sambung belajar di USM . Cukup-cukuplah fitnah sebab nak tutup lubang sendiri.
Jangan sampai Allah turun bala baru nak berubah. Moga Allah beri hidayah convert balik jadi manusia daripada pontianak sundal malam. Hehehe..
Perbuatan wanita ini juga dikritik orang ramai di Twitter terutamanya kerana insiden itu disaksikan sendiri oleh anak mereka dan dirakamkan.
Sial la perempuan ni. Anak dah besar sial. Pikir anak la sial. Kau tak perlukan laki kau, tapi anak kau perlukan bapak dia lah sial. Otak kat mana sial. Kau nak menyundal, gi mampus. Anak kau perlukan bapak dia lah sial memandangkan kau tak guna la sial.
— Zamörà (@saraasufii) June 26, 2018
Apak ah tayah sampai langgar, memang takleh bawak bincang eh bab2 camni perempuan?, reverse gear ada en.
— wnhmdzm (@wanahmadzaim) June 26, 2018
hmmmm mesti laki tu sayang bini dia , sbb tu dia sanggup kena langgar . ya allah kerasnya hati prmpn tu ? prmpn tu dh lupa kenangan² manis bersama dgn laki dia ke ? ? tergamak nya
— . (@Suuuuee__) June 26, 2018
Allahu cering bulu roma tengok lahanat ni buat dekat laki dia. Kalau aku jumpa lahanat tu free free kena maki. Kalau boleh nak buat mcm dia buat dkt suami dia. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan. Harap lahanat ni tak mai merayu melutut mintak maaf
— Eman (@mhdximxn) June 26, 2018
Aku harap wife dia kena tinggal dgn laki baru dia mcm mana dia buat dekat suami dia. Aku tak tahu nak level apa dah wife dia ni sampai sanggup langgar suami sendiri. Ya Allah tak boleh describe perasaan sendiri watching this video??
— violet ? (@littlesheszatv) June 26, 2018
Masih belum dapat pembelaan
Menurut maklumat terbaru yang didapati oleh kini Malaysia, kejadian ini berlaku pada Julai tahun lepas dan pasangan ini telah bercerai, namun lelaki yang dilanggar ini belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Wanita itu dikatakan curang dengan Penolong Kanan di sebuah sekolah. Disebabkan itu rakaman ini kini dideahkan oleh lelaki itu.
Ku Fazly kini juga sudah berkahwin dengan wanita lain yang menerima dia dan anak-anaknya.– amazingnara.com
Sumber: Kini Malaysia, Ku Fazly