“Isteri Bukannya ‘Punching Bag'” – Tular Video Belasah Isteri, Bekas Suami Penyanyi Dihukum Penjara 3 Bulan

Trending

“Isteri Bukannya ‘Punching Bag'” – Tular Video Belasah Isteri, Bekas Suami Penyanyi Dihukum Penjara 3 Bulan

Tular satu rakaman baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang didakwa bekas suami penyanyi dangdut popular membelasah dan mendera seorang wanita dipercayai isterinya.

Susulan itu, lelaki yang juga merupakan seorang ahli perniagaan itu telah ditahan oleh pihak polis pada 19 November lepas di Setapak.

Advertisement

1 year ago

"Memori Lampau Yang Tidak Mahu Saya Ingat Lagi" - Dikaitkan Dengan Lelaki Pukul Isteri, Amelina Beri Respon

Terbaru, tertuduh bernama Reduan Mahamood berusia 58 tahun itu dilaporkan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Tertuduh mengaku bersalah memukul isterinya dan mahkamah memerintahkan agar dia dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan jika gagal membayar denda.

Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.

Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun.”

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Adriana Mohd Arif, 45 tahun dengan memukul dan menendang mangsa di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, Kajang pada 14 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam yang mewakili tertuduh dilaporkan memohon agar Reduan dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf selain menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi serta merupakan penyara utama keluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...