Isteri ‘Buat Hal’ Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Masih Dalam Penjara

Trending

Isteri ‘Buat Hal’ Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Masih Dalam Penjara

Curang, satu perkataan ini cukup memberi tamparan hebat buat setiap pasangan yang sudah berkahwin. Itulah yang terjadi kepada wanita yang masih lagi berstatus isteri ini. Menurut laporan, wanita ini ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah sewa di Sintok.

Ketika serbuan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 3 pagi tadi, mereka didapati berada dalam rumah yang disewa suami wanita berkenaan.

Ujar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, operasi diketuai Mohd Khairil Naim Johari selepas menerima aduan awam berhubung kegiatan pasangan terbabit.

Advertisement

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka wanita berusia 32 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 13 tahun dipercayai anak wanita itu berada dalam bilik berasingan di rumah berkenaan”

Kerana tiada bukti, wanita dan lelaki itu kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan mereka pasangan suami isteri atau mahram yang sah.

“Malah, pemeriksaan juga mendapati motosikal lelaki berusia 30 tahun itu diletakkan di dalam rumah berkenaan untuk mengelak dikesan,” katanya.

Lebih hiba, soal siasat mendapati suami wanita yang bekerja di kilang rempah itu sedang menjalani hukuman penjara.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan dan diberi notis supaya hadir semula ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

Sebagai hukuman, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Semoga kes ini dapat memberi iktibar buat kita semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...