“Isteri Berpurdah, Suami Berkopiah, Perangai Serupa Syaitan”

Trending

“Isteri Berpurdah, Suami Berkopiah, Perangai Serupa Syaitan”

Seorang pekerja di sebuah restoran menceritakan mengenai pengalamannya ditipu sepasang suami isteri yang mengenakan purdah dan kopiah. Pasangan itu makan di restoran tersebut, namun menggunakan helah untuk lari dan tidak membayar makanan yang telah dimakan.

Akibatnya, dia terpaksa menggunakan upah bekerja hari tersebut untuk membayar makanan mereka yang berjumlah RM 161.40. Dan khabarnya, ia sering berlaku kepada pekerja di rangkaian restoran yang sama.

Advertisement

“Berdegil mahu ke ATM keluarkan wang tunai”

“Makan tak ingat, bil RM 161.40”

Kebanyakan Netizen berang dengan sikap mereka yang dianggap hanya memburukkan agama Islam.

“Orang tu bukan asal pakai purdah, pakai hanya untuk menipu.”

Pada pendapat penulis, mungkin ada baiknya sebarang rakaman CCTV dikeluarkan untuk memudahkan orang ramai mengecam pelaku. Dan sekiranya mereka menggunakan helah yang sama lain kali, salah seorang pekerja restoran, sebolehnya lelaki hendaklah mengikut mereka.

Atau mereka perlu meninggalkan salinan kad pengenalan, di mana pekerja restoran boleh mengambil gambar kad pengenalan salah seorang dari mereka untuk memastikan mereka kembali selepas mengeluarkan wang.

Apa kata anda? – amazingnara.com

Sumber: @emieyy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...