Tindakan isteri kepada penyanyi Aiman Tino, Che Syarah Haifah yang menendang suaminya ketika bergurau mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Dalam hantaran TikTok, Aiman dilihat beramah mesra dengan sekumpulan wanita yang menaiki kereta yang melalui kawasan perumahan mereka.
Gara-gara tindakan Aiman itu, Syarah dilihat tiba-tiba menendang suaminya kerana dipercayai geram dengan cubaan ‘menggatal’ dengan kumpulan wanita itu.
Berikutan itu, Syarah ditegur netizen kerana dianggap kurang sopan dan berkasar terhadap suaminya.
@aiman_tino77 Ini baru singgah tengok2 rumah baru. kalau dah duduk sini hari-hari kena sepak dengan bini aku? #aims #aimsmasta #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
? original sound – Official Aiman Tino – Official Aiman Tino
Tak baik tendang suami biarpun bergurau. Lepas ni buat lagi tak elok orang tengok, nanti orang kata tak hormat suami.
Sekadar info, Aiman selamat mendirikan rumah tangga dengan Syarah pada 27 April 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.